mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

Kebanyakan golongan wanita Felda Bukit Tembaga merupakan ahli persatuan gerakan persatuan wanita (GPW). Gerakan persatuan wanita (GPW) dipengerusikan oleh Puan Hjh. Faridah Binti Ismail. Beliau merupakan tunggak utama dalam memastikan persatuan giat menjalankan aktiviti dan terlibat didalam setiap program yang diadakan oleh penduduk Felda Bukit Tembaga. Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh GPW ialah gotong-royong sekitar Felda, Kelas Agama, kontrak membersihkan Dewan Harmoni serta Tandas Awam dan lain-lain. Sepanjang tahun 2012 sahaja GPW Felda Bukit Tembaga giat menjalankan aktiviti dan menganjurkan pelbagai program untuk setiap ahlinya. Setiap program yang dijalankan turut memberi ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama memberi ilham kepada ahli untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

Jawatankuasa Gerakan Persatuan Wanita Felda Bukit Tembaga
Pengerusi Hjh Faridah Bt. Ismail
Bendahari Roshidah Bt. Shaari
Ahli Jawatankuasa Saadiah Bt. Awang
Rohani Bt. Shafie
Rohani Bt. Husin
Che Neih Bt. Ali
Zainab Bt. Mat
Zakiroh Bt. Mat Isa
Wan Norwayati Bt. Wan Mahmood
Saadiah Bt. Othman
Norhafisah Bt. Shafie
Roshita Bt. Hussain
Saadiah Bt. Mat
Zainab Bt. Ahmad.