Nama Bukit Tembaga dikatakan berasal dari sebuah gua atau lubang di kaki bukit yang tanahnya berwarna merah seperti tembaga. Gua ini terletak berhampiran Bukit Putih, Bukit Lengoh dan Bukit Petai.Perpustakaan Desa FELDA Bukit Tembaga pula terletak bersebelahan pejabat FELDA Bukit Tembaga dan Klinik Desa Bukit Tembaga. Lokasinya yang agak strategik berhampiran jalan raya sering menjadi tumpuan masyarakat sekitarnya.
Majoriti peneroka FELDA Bukit Tembaga berbangsa Melayu yang rata-rata merupakan penduduk tetap Negeri Kedah. Kebanyakan peneroka di sini bekerja menoreh getah kerana sumber utama peneroka di sini mengusahakan tanaman getah secara persendirian atau berkelompok.
Boleh dikatakan penempatan penduduk Kampung FELDA Bukit Tembaga agak tersusun dan terancang serta dikelilingi oleh pohon-pohon menghijau. Peneroka FELDA juga mengamalkan gaya hidup sederhana dan mengekalkan adat budaya Melayu.