Kuih Tradisional dan Moden | |
Antara produk tempatan yang terdapat di Felda Bukit Tembaga ialah Kuih Tradisional dan Kuih Moden (Biskut Raya) yang diusahakan oleh Puan Masniza bt Soib (Wawa Wani Enterprise) |
|
JKM Trigona Farm | |
Jelutong Kelulut Madu merupakan projek pemprosesan produk hiliran. Projek ini menghasilkan madu dan produk-produk lain dengan berasaskan bahan utamanya iaitu madu lebah kelulut. Lazimnya, orang ramai hanya mengetahui madu hanya boleh dihasilkan daripada lebah sahaja. Masih tidak ramai yang tahu kelulut juga mampu menghasilkan madu yang banyak khasiatnya. Madu lebah kelulut ini rasanya istimewa kerana rasanya lebih masam-masam manis. Bagi yang kurang menggemari makanan manis digalakkan mencuba madu kelulut ini. Projek ini masih ramai yang belum terokai dan ianya ternyata mampu menjana pendapatan yang lumayan kerana hasil permintaan semakin meningkat dari hari ke hari. Dengan ini, pengusahanya iaitu Puan Nur Isma Afifi Bt Md Aris, berumur 31 tahun mula mengorak langkah dengan membina tempat menternak kelulut bagi menghasilkan madu. Pada awalnya, Puan Isma hanya menternak di rumahnya iaitu di Kampung Jelutong kini dia mula memperbesarkan lagi perniagaannya dengan membina sebuah lagi pusat penghasilan madu kelulut iaitu di Kg Barokhas. Kini, Puan Isma sudah memiliki haif kelulut sebanyak 100 sarang. Antara produk yang telah diinovasikan oleh Puan Isma dengan menggunakan madu kelulut adalah madu asli, sabun madu kelulut, minyak wangi, krim siang dan malam, bum kelulut dan lain-lain lagi. |
Produk Tempatan
8 October 2015