Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga atau nama ringkasnya SK Bukit Tembaga, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.
Untuk kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat sekolah rendah.
Bagi kanak-kanak di bawah umur dua hingga 4 tahun, mereka boleh mendapatkan ilmu di taska kemas yang diterajui oleh 3 orang tenaga pengajar dan seorang pembantu pengajar.
Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda dan dari luar kawasan iaitu ibu bapa mereka bertugas di dalam kawasan Felda Bukit Tembaga seperti guru. Taska kemas ini mula beroperasi semenjak tahun 2001 dan masih belum mempunyai bangunan sendiri kerana masih dalam permohonan. Buat masa ini, taska tersebut ditempatkan di bangunan Masjid Felda Bukit Tembaga.
Waktu Operasi Taska Kemas adalah pada hari Ahad hingga Khamis.
Dibuka pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang
TADIKA KEMAS
Mula dibuka pada tahun 2000. Mempunyai seorang tenaga pengajar dan seorang pembantu yang ditugaskan untuk mengawal selia pelajar-pelajar. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada lapisan umur lima hingga enam tahun. Para pelajar terdiri daripada anak-anak golongan peneroka dan anak-anak dari kampung berhampiran kawasan Felda Bukit Tembaga.
Dibuka pada setiap hari Ahad hingga Khamis dan tutup pada hari Jumaat dan Sabtu. Tadika Kemas mula dibuka pada jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari sahaja.
Mempunyai tiga orang tenaga pengajar. Dibuka pada tahun 1999. Mempunyai bilangan pelajar seramai 48 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 4, 5, dan 6 tahun. Dibuka pada jam 8 pagi Hingga 2 petang.
NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.
Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) FELDA Bukit Tembaga dibina untuk menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak-kanak berkunjung ke perpustakaan.Berbagai-bagai aktiviti anjuran PDSI FELDA Bukit Tembaga membabitkan kanak-kanak Tadika.