mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat NADI Felda Bukit Tembaga

NADI mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

OBJEKTIF PENUBUHAN 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

NADI Felda Bukit Tembaga menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

  • Pengenalan asas komputer dan internet.
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

KEAHLIAN 

Jumlah keahlian NADI Felda Bukit Tembaga yang terkini ialah seramai 2038 orang.

PETUGAS NADI FELDA BUKIT TEMBAGA 

Nama: Noor Suliana binti Saad

Jawatan: Pengurus

Mula Berkhidmat: 2012

Nama: Ahmad Syahir bin Ahmad Suhaimi

Jawatan: Penolong Pengurus

Mula Berkhidmat: 2014