Majlis Penyerahan Projek MSI MOSTI
:2 Oktober 2017
:8.00 pagi – 1.00 petang
:Bendang Telaga Batu, Kampung Padang Setol
:200 orang
Tujuan
Program ini memberi peluang kerjasama dengan agensi lain khususnya Jabatan Pertanian dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Aktiviti yang diselitkan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian termasuklah Pameran baja, racun, demo penggunaan teknologi Drone untuk proses menabur baja, majlis penyerahan kunci makmal tisu Culture Pisang dan Orkid yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.
Petugas Pusat Internet 1Malaysia diberi amanah selaku urusetia yang turut membantu menjayakan majlis selain turut mengambil peluang membuat pameran dan aktiviti bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia.