Program Jalinan Kasih Komuniti
:26 Ogos 2018
:12.00 tengahari – 5.00 petang
:Taman Saujana, Kuala Nerang
:80 orang
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet Kluster Padang Terap bersama Komuniti Setempat, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kuala Nerang, Perpustakaan Desa Zon 9, dan Persatuan Belia MAYC Daerah Padang Terap bagi meraikan anak-anak yatim yang terdiri daripada tiga buah rumah anak yatim sekitar Kuala Nerang.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai, jamuan makan, acara potong kek bersama-sama anak yatim, sukaneka dan majlis penyampaian hadiah.
Majlis Pentauliahan Ejen JobsMalaysia
:06 Ogos 2018
:9.30 pagi – 1.00 petang
:Auditorium, Aras 2, Zon A,Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
:30 orang wakil Pusat Internet, SKMM Kedah, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah
Tujuan
Pentauliahan Pusat Internet sebagai Ejen JobsMalaysia dan majlis menandatangani NOU Pusat JobsMalaysia dan Ketua SKMM Negeri Kedah.
Aktiviti
Taklimat dari Pengurus Pusat JobsMalaysia Negeri Kedah, Puan Noridawati Binti Abdul Rahman mengenai fungsi dan peranan JobsMalaysia, program-program kerjasama yang akan dilaksanakan, perlantikan dan peranan Pusat Internet sebagai ejen serta majlis penyampaian Sijil kepada ejen JobsMalaysia oleh En. Azrul Hisham Bin Kamaruzzaman.
Bengkel Marketing
:02 Ogos 2018
:9.00 pagi – 5.00 petang
:Pusat Internet Seberang Terus, Alor Setar
:14 orang
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar peserta untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara untuk berniaga secara atas talian.
Aktiviti
Selain daripada taklimat melalui pembentangan peserta akan di ajar secara pratikal menghasilkan “facebook pages” dengan menggunakan kesemua aplikasi “facebook ads”. Selain itu, pelbagai cara diajar kepada peserta supaya dapat menghasilkan promosi dan iklan yang terbaik dan mampu menarik minat pembeli untuk membeli setelah melihat iklan produk ushawan berkenaan. Setiap Pusat Internet Kluster Padang Terap menghantar wakil ke bengkel tersebut.