mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan NOVEMBER 2017

Majlis Kesyukuran Usahawan dan Kluster Terbaik Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap 2017

Tarikh

:30 November 2017

Masa

:9.00 pagi – 2.00 petang

Lokasi

:JKM Trigona Agro Farm, Kuala Nerang

Peserta

:20 orang VIP dan 80 orang jemputan

 

Tujuan

Majlis kesyukuran diadakan bagi meraikan pencapaian Usahawan Terbaik dan Kluster Terbaik Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap.

Aktiviti

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Badrol Hisham Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Nerang. Tetamu VIP yang turut hadir termasuklah Encik Nazri Bin Ahmad, wakil kepada Pegawai Daerah, En Yuzaidi Bin Azmi, Pegawai Pertanian daerah Padang Terap, Encik Ismail Bin Othman, Pengarah SKMM Wilayah Utara, Encik Faizal bin Azizan, Ketua Pejabat SKMM Kedah, pegawai – pegawai SKMM NRO, Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence serta ketua – ketua jabatan dari agensi sekitar daerah Padang Terap.

Gambar disini

Advokasi Klik Dengan Bijak

Tarikh

:19 & 20 November 2017

Masa

:10.00 pagi – 4.00 petang

Lokasi

:Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Peserta

:35 orang peserta

 

Tujuan

Program kesedaran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Utara berkenaan jenayah siber serta maklumat palsu yang semakin menular di internet.

Aktiviti

Pameran dan pertandingan kuiz.
Taklimat Klik Dengan Bijak.
Sesi bengkel soal jawab bersama Pn. Norazlina dari SKMM NRO.

Gambar disini

Mesyuarat Kluster Padang Terap

Tarikh

:9 November 2017

Masa

:9.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan

Peserta

:9 orang

 

Tujuan

Mesyuarat pembentangan prestasi semasa Pusat Internet 1Malaysia, pelan pelaksanaan program dengan agensi dan lain-lain.

Aktiviti

Mesyuarat dihadiri 8 orang wakil petugas (Pengurus) dari 8 buah Pusat Internet 1Malaysia Cluster Padang Terap. Setiap isu dan cadangan dibincangkan untuk penambahbaikkan serta memastikan kelancaran program Cluster. Turut hadir adalah DRM Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi.

Gambar disini

Program 1Komuniti Bersama Pelatih PLKN

Tarikh

:4 November 2017

Masa

:8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Kg. Pdg. Nyior, Kuala Nerang, Kedah.

Peserta

:150 orang (138 Pelatih PLKN)

 

Tujuan

Program dengan kerjasama JKK Kampung Padang Nyior ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.

Aktiviti

Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh JKK Kampung Padang Nyior seperti sukan rakyat (sukaneka), petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat taklimat, aktiviti dan pertandingan kuiz bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Pertandingan Dam Ular KDB / Dashboard Komuniti, taklimat dan Kuiz ICT / KDB.

Gambar disini