mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan MAC 2018

Kursus e-Rezeki

Tarikh

:24 & 25 Mac 2018

Masa

:10.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

:KDTC Alor Setar

Peserta

:20 orang

 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada Petugas Pusat Internet 1Malaysia (Pengurus & Pen. Pengurus) mengenai paltfrom E-Rezeki secara teliti supaya dapat di ajar kepada komuniti setempat.

Aktiviti

MDEC dengan kerjasama Pusat Internet Desa memberi taklimat dan mengajar peserta mengenai E-rezeki serta cara untuk melayari sistem E-rezeki. Pelbagai platfrom dapat di guna pakai dalam menjana pendapatan melalui atas talian dengan mudah dan cepat.

Gambar disini

Bengkel Literasi Maklumat 2018

Tarikh

:18 Mac 2018

Masa

:8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Perpustakaan Desa Kg. Padang Nyior

Peserta

:40 orang

 

Tujuan

Bengkel ini juga mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform Dashboard Komuniti dan kemudahan Internet sebagai medium yang memudahkan pelbagai urusan. Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.

Aktiviti

Bengkel taklimat, perbincangan, kuiz dan penyampaian hadiah kepada peserta terlibat.

Gambar disini

Forum Perdana “Bersyukur itu nikmat, Sabar Itu Indah” (Anjuran Pejabat Agama Daerah Padang Terap)

Tarikh

:08 Mac 2018

Masa

:8.00 malam – 12.00 malam

Lokasi

:Pusat Komuniti Cikgu Hashim, Kg. Barokhas, Kuala Nerang

Peserta

:250 orang

 

Tujuan

Selain dari mengupas & menyampaikan ilmu Agama (Forum Perdana), turut diadakan beberapa persembahan Marhaban dan juga majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Nasyid, Marhaban dan Azan peringkat DUN Kuala Nerang.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap menyediakan dan mengendali Live Feed dari pentas ke Smart TV untuk tontonan pengunjung. Pelbagai agensi dan pihak sekolah juga turut terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis ini.

Gambar disini

Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Mengisi borang secara atas talian)

Tarikh

:8 Mac 2018

Masa

:10.00 pagi – 12.30 petang

Lokasi

:Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Tembaga

Peserta

:9 orang

 

Tujuan

Kelebihan Aktiviti ini dapat membantu Ibu Bapa yang tidak mahir manggunakan komputer untuk mengisi borang dengan lancar.

Aktiviti

Aktiviti utama dijalankan dengan membantu ibu bapa mengisi borang pendaftaran anak untuk melangkah masuk ke Pra Sekolah bagi sesi 2019 dan Tahun 1 bagi tahun 2019/2020.
Petugas membantu peserta membina email dan seterusnya mendaftar ke dalam laman web yang disertakan untuk langkah seterusnya.

Gambar disini