mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan APRIL 2018

Mesyuarat Bersama Agensi untuk Majlis Penyerahan Mini Kilang Beras

Tarikh

:28 April 2018

Masa

:9.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

:Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap

Peserta

:20 orang wakil agensi / ahli mesyuarat

 

Tujuan

Perbincangan lanjutan berkaitan maklumat program bersama pelbagai agensi bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti

2 orang wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi membincangkan perancangan dan pembahagian tugas bagi program yang dirancang bakal berlangsung pada Mei 2018. Setiap agensi diberikan tugasan mengikut bahagian masing – masing memandangkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti taklimat, pameran dan pelbagai aktiviti lain.

Gambar disini

KDB & Dashboard Komuniti

Tarikh

:28 April 2018

Masa

:11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Sekolah Kebangsaan Perik

Peserta

:160 orang

 

Tujuan

Program anjuran SK Perik dengan kerjasama Perpustakaan Desa Zon 9 ini bertujuan menarik minat pelajar dalam meneroka ilmu pengetahuan ICT dan berwaspada dengan Penggunaan Internet tanpa sempadan.

Aktiviti

Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Padang Terap turut terlibat dalam promosi dan hadir bagi menjalankan bengkel kepada 160 orang. Aktiviti kuiz, ikrar Klik Dengan Bijak dan hadiah disampaikan kepada individu (pelajar) yang bertuah.

Gambar disini

Temuduga Terbuka Jobs Malaysia (Operator Pengeluaran)

Tarikh

:8 April 2018

Masa

:10.00 pagi – 2.00 petang

Lokasi

:Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan

Peserta

:30 orang

 

Tujuan

Program yang dianjurkan oleh Jobs Malaysia bersama Syarikat JABIL Sdn. Bhd. dari Pulau Pinang ini bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada belia di kawasan luar bandar.

Aktiviti

Taklimat dan sesi temuduga kerjaya operator pengeluaran.

Gambar disini

Mesyuarat Kluster Padang Terap (Pengurus)

Tarikh

:5 April 2018

Masa

:11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan

Peserta

:10 orang (1 wakil MSD NRO)

 

Tujuan

Mesyuarat pembentangan prestasi semasa Pusat Internet 1Malaysia, pelan pelaksanaan program yang bakal diadakan dan lain-lain.

Aktiviti

Mesyuarat dihadiri 9 orang wakil petugas (Pengurus) dari 9 buah Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap. Setiap isu dan cadangan dibincangkan untuk penambahbaikan serta memastikan kelancaran program kluster. Turut hadir adalah DRM Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi.

Gambar disini

Klik Dengan Bijak (KDB)

Tarikh

:4 April 2018

Masa

:9.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

:Dewan SMK Padang Terap

Peserta

:100 orang

 

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap bersama Perpustakaan Desa, SMK Padang Terap dan pihak GPMS Padang Terap. Program ini memberi pendedahan penggunaan internet dengan betul kepada pelajar sekolah supaya tidak berlaku penyalahgunaan pada masa kini.

Aktiviti

Antara aktiviti yang di jalankan ialah taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz dan penyampaian hadiah. Peserta juga diagihkan kepada 10 orang peserta bagi setiap kumpulan dan mereka dikehendaki menjawab 20 soalan berkaitan Dashboard Komuniti serta soalan Klik Dengan Bijak. Kumpulan terpantas dan menjawab dengan betul dikira sebagai pemenang.

Gambar disini