:MAISARAH YASMIN BT MOHD YUSOFF
:19 tahun
:24 Feb 2017
Latar Belakang
Maisarah Yasmin Bt Yusuff merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang berdaftar. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Bukit Tembaga pada 24 Feb 2017 dan merupakan seorang pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Syed Ahmad, Kela Nerang.
Beliau mengambil peluang menjada Usahawan kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, beliau membahagikan masa dengan teratur bagi memastikan pelajarannya tidak akan terjejas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan Bulanan beliau bergantung kepada kenalan rapat yang diterima pada bulan tersebut. Permintaan kurang menggalakkan kerana kurangnya promosi. Tempahan hanya diterima daripada kenalan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas belajar penggunaan ICT di Pusat Internet Felda Bukit Tembaga, beliau telah mahir menggunakan Komputer dan Internet. Kini beliau sentiasa datang ke Pusat Internet untuk mengikuti setiap kelas yang dijalankan.
Beliau menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk sentiasa mengemaskini Facebook page dan memuatnaik pelbagai promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan menempah buah daripada beliau.