En. Hafiz Bin Hj. Din merupakan anak jati peneroka Felda Bukit Tembaga yang telah berjaya menjadi usahawan muda dalam bidang jahitan. Beliau telah membuka sebuah kedai jahitan yang terletak di Pekan Pokok Sena bermula pada tahun 1999 hingga ke hari ini. Beliau bukan sahaja menerima tempahan jahitan daripada individu persendirian malah turut menerima tempahan daripada badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Selain mahir dalam bidang jahitan beliau juga turut mahir dalam bidang pembuatan logo dan tag nama.
Usaha beliau tidak pernah putus walaupun perniagaannya pernah mengalami masalah dan pernah kekurangan modal. Berkat kesabaran beliau, hasilnya beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini dan perniagaannya kini kian maju dan berkembang dengan adanya tempahan yang tidak putus. Beliau kini dibantu oleh seorang pembantu dalam memenuhi tempahan yang semakin bertambah setiap masa.