mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

MASJID

Terdapat sebuah masjid yang dibina bagi kemudahan penduduk Kampung Felda Bukit Tembaga. Segala aktiviti keagamaan tertumpu di kawasan masjid ini, di samping memudahkan penduduk menunaikan solat jumaat, solat sunat aidilfitri dan mengadakan sebarang aktiviti berbentuk ilmiah dan keagamaan.

TAMAN PERMAINAN

Disediakan sebuah taman permainan yang terletak berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tembaga dan Dewan Orang Ramai Felda Bukit Tembaga untuk kegunaan kanak-kanak dan ibu bapa beriadah pada waktu petang.

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.

KLINIK DESA

Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.

TABIKA KEMAS

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan sebuah pusat pendidikan prasekolah milik Dewan Pemuda PAS Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEMBAGA

Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga atau nama ringkasnya SK Bukit Tembaga, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.

DEWAN KOMUNITI FELDA BUKIT TEMBAGA

Dewan Komuniti Felda Bukit Tembaga antara kemudahan yang disediakan di kawasan ini untuk kegunaan komuniti setempat bagi sebarang aktiviti seperti majlis keramaian, jamuan, perayaan.

PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU

Perkhidmatan yang mula diperkenalkan pada tahun 1993 ini mempunyai objektif antaranya untuk menyediakan kemudahan dan menggalakkan pembacaan di kalangan penduduk di luar bandar. Ia juga sebagai satu cara untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang perkara selaras dengan pembangunan negara di masa hadapan. Perkhidmatan perpustakaan desa juga merupakan satu cara untuk melahirkan budaya membaca dan merangsang tabiat membaca.