mcmc
JKKK

JKKK

Jawatankuasa Felda Bukit Tembaga
Pengerusi Azhar bin Ahmad
Timbalan pengerusi (Ketua Peneroka) Fisal bin Abd Aziz (Wakil blok 2)
Setiausaha Haji Ismail bin Mohd Salleh (Wakil blok 4)
Bendahari Salleh bin Hanapiah (Wakil blok 4)
Ahli Jawatankuasa Jamil bin Jaafar (Ketua blok 1)
Ishak bin Said (Wakil blok 2)
Kasa bin Taib (Ketua blok 3)
Hj. Ibrahim bin Md Zain (Ketua blok 4)
Nordin bin Taib (Ketua blok 5)
Hjh. Faridah binti Ismail (Ketua GPW)
Hafis bin Shafri (Wakil belia)

 

JKKR adalah singkatan nama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan rancangan yang berfungsi sebagai penghubung antara pengurusan felda dan peneroka.JKKR Felda Bukit Tembaga ditubuhkan sekitar tahun 2008 menggantikan pertubuhan peneroka Felda Bukit Tembaga. Jawatankuasa ini dianggotai oleh seorang pengerusi iaitu pengurus felda dan timbalan pengerusi iaitu ketua peneroka dan lima ketua blok serta wakil-wakil blok.Wakil-wakil blok dilantik oleh peneroka dalam mesyuarat agung peneroka.

Antara jemputan-jemputan ke mesyuarat JKKR adalah wakil sekolah , masjid, polis, klinik, perpustakaan , tabika dan tadika.Mesyuarat diadakan setiap bulan untuk berbincang perkara-perkara berbangkit dan isu-isu semasa.

Jawatankuasa ini terbahagi kepada beberapa biro iaitu biro ladang, biro ekonomi, biro kemasyarakatan, biro pelajaran, biro keceriaan rancangan.

Diantara fungi-fungsi biro:

Biro Ladang Memantau perkembangan tanam semula getah dan pengurusan penyelenggaraan pokok-pokok getah dan ladang.
Biro Ekonomi Mengurus penyewaan kedai milik JKKR dan sumber-sumber yang boleh memberi kewangan kepada JKKR.
Biro Kemasyarakatan Memantau keadaan masyarakat dan mengadakan program-program yang dapat menyatukan masyarakat.
Biro Pelajaran Memantau perkembangan pelajaran anak-anak peneroka di sekolah dan memberi bantuan kepada pihak sekolah untuk memajukan pendidikan anak-anak di sekolah.
Biro Keceriaan Rancangan Memantau kebersihan dan keceriaan kampung dan infrastuktur dalam keadaan sempurna dan memberi kemudahan kepada peneroka.

 

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah gotong –royong untuk kebersihan masjid,dewan orang ramai,jalan-jalan dan sebagainya , menghadiri dan mengambil bahagian di hari peneroka, mengadakan sambutan hari raya, mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran, menyambut pemimpin untuk majlis-majlis tertentu yang diadakan pihak kerajaan, menganjurkan program-program keislaman bersama masjid seperti maulidur rasul,israk mikraj ,ceramah agama dan sebagainya dan menyertai program-program yang dianjurkan pihak felda di peringkat wilayah dan juga ibu pejabat.