Raikan Kasih Bersama Anak Yatim
:24 Mac 2019
:2.30 petang – 5.30 petang
:Perkarangan Taman Saujana, Kuala Nerang
:83 orang
Tujuan
Program bersama meraikan anak-anak yatim Kuala Nerang.
Aktiviti
Sukaneka, kuiz dan penyampaian hadiah.
Bengkel Pengucapan Awam
:14 Mac 2019
:10.00 pagi – 5.00 petang
:Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap
:Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap
Tujuan
Kursus pengucapan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan membekalkan para peserta kemahiran menggunakan teknik seni bicara, teknik stand, teknik ketrampilan dan posture tubuh, teknik vokal yang mantap dan berpengaruh dan teknik copywriting dalam konten pengucapan. Bagi peringkat asas kursus ini berlangsung selama 1 hari.
Aktiviti
Taklimat berkenaan modul asas Kursus dan seterusnya peserta diberikan topik dan dikehendaki membuat pembentangan berdasarkan topik yang diberikan.
Klik Dengan Bijak (GIAT MARA)
:7 Mac 2019
:2.00 pagi – 4.00 petang
:GIAT MARA Padang Terap
:30 orang
Tujuan
Taklimat ini disampaikan bagi tujuan pendedahan berkaitan perkhidmatan internet disamping memberi maklumat tentang salah laku penggunaan internet dan tips-tips keselamatan dalam menggunakannya.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat KDB dari PI Kluster Padang Terap, kuiz, dan penyampaian hadiah.
Temuduga Terbuka JobsMalaysia (Syarikat Perodua)
:6 Mac 2019
:10.00 pagi – 2.00 petang
:Pusat Internet Felda Bukit Tembaga
:15 orang
Tujuan
Memberi kemudahan / peluang pekerjaan kepada komuniti setempat untuk hadir ke temuduga terbuka anjuran bersama JobsMalaysia.
Aktiviti
Temuduga bagi jawatan operator pengeluaran.