:NORAZLINA BT MOHD TAJUDIN
:40 tahun
:12 Okt 2016
Latar Belakang
Norazlina Bt Mohd Tajudin merupakan salah seorang ahli Pusat Internet (PI) yang berdaftar. Beliau telah menjadi ahli PI pada 12/10/2016 dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pada masa yang sama beliau menjalankan perniagaan ini sebagai punca lain untuk menambah pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima pada bulan tersebut. Permintaan kurang menggalakkan kerana kurangnya promosi. Tempahan hanya diterima daripada kenalan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas belajar penggunaan ICT di PI Felda Bukit Tembaga, beliau telah mahir menggunakan komputer dan internet. Kini beliau sentiasa datang ke PI untuk mengikuti setiap kelas yang dijalankan.
Beliau menggunakan kemudahan di PI untuk sentiasa mengemaskini laman Facebook dan memuatnaik pelbagai promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan menempah produk daripada beliau.