Terdapat sebuah klinik desa di dalam penempatan Felda Bukit Tembaga. Klinik ini beroperasi setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Terdiri daripada 2 kakitangan bertugas dan menyediakan perkhidmatan untuk ibu mengandung, rawatan pesakit luar, suntikan imunisasi seperti MMR dan sebagainya.