Taklimat Klik Dengan Bijak di 1MPAK Padang Terap
:27 Februari 2018
:7.00 pagi – 6.00 petang
:Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah
:Penduduk Padang Terap
Tujuan
Program kesedaran berkenaan jenayah siber serta maklumat palsu dan isu viral sempena Program 1MPAK Padang Terap anjuran MARA, beberapa agensi kerajaan negeri dan NGO termasuk Pusat Internet 1Malaysia.
Aktiviti
Taklimat Klik Dengan Bijak
Pameran booth Pusat Internet 1Malaysia
Pemeriksaan tahap tekanan darah (MyHealth)
Bengkel E-Rezeki dan Pemurnian Data Simpeni SPI / KAFA
:7 Februari 2018
:8.00 pagi – 5.00 petang
:Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung, Padang Terap Kiri, Kedah
:10 orang peserta
Tujuan
Program dengan kerjasama pejabat Agama Islam daerah Padang Terap ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform Internet sebagai medium yang memudahkan pelbagai urusan. Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.
Aktiviti
Perbincangan dan perkongsian info berkaitan peluang menjana pendapatan sampingan melalui kemudahan Internet (Platform E-Rezeki). Peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Islam daerah Padang Terap juga mengambil peluang kemudahan Internet berkelajuan tinggi di Pusat Internet 1Malaysia bagi menjalankan Bengkel Pemurnian Data Simpeni SPI / KAFA.