Kebanyakan golongan wanita Felda Bukit Tembaga merupakan ahli persatuan gerakan persatuan wanita (GPW). Gerakan persatuan wanita (GPW) dipengerusikan oleh Puan Hjh. Faridah Binti Ismail. Beliau merupakan tunggak utama dalam memastikan persatuan giat menjalankan aktiviti dan terlibat didalam setiap program yang diadakan oleh penduduk Felda Bukit Tembaga. Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh GPW ialah gotong-royong sekitar Felda, Kelas Agama, kontrak membersihkan Dewan Harmoni serta Tandas Awam dan lain-lain. Sepanjang tahun 2012 sahaja GPW Felda Bukit Tembaga giat menjalankan aktiviti dan menganjurkan pelbagai program untuk setiap ahlinya. Setiap program yang dijalankan turut memberi ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama memberi ilham kepada ahli untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.
Jawatankuasa Gerakan Persatuan Wanita Felda Bukit Tembaga | |
---|---|
Pengerusi | Hjh Faridah Bt. Ismail |
Bendahari | Roshidah Bt. Shaari |
Ahli Jawatankuasa | Saadiah Bt. Awang Rohani Bt. Shafie Rohani Bt. Husin Che Neih Bt. Ali Zainab Bt. Mat Zakiroh Bt. Mat Isa Wan Norwayati Bt. Wan Mahmood Saadiah Bt. Othman Norhafisah Bt. Shafie Roshita Bt. Hussain Saadiah Bt. Mat Zainab Bt. Ahmad. |